masa
Tuesday, July 21, 2009
Malaysia XI vs Man Utd (Matchday : 18.07.2009)
puas hati gua Malaysia maen itu hari..Malaysia XI 2-3 Man Utd..world class nye goal by Amri Yahyah from Selangor.defend yang bagus by Hafiz Misbah & Aidil Zafuan..Man Utd scored by Rooney, Nani & Owen.second game Malaysia XI 0-2 Man Utd..ok la kirenye kalah 2-0 dari kalah 6-0..gua bangge ngan game Malaysia sabtu petang itu hari..more pict kat Facebook gua..search gua kat facebook (adie fikri b anuar).
Balik Kampung Lagi
Masjid Tanah, Durian Daun
Adie Fikri buat Umrah (5.5.2009)
Monday, March 30, 2009
Masih Adakah Harapan Dalam Perniagaan Fotografi?
mereka sebagai jurugambar. Begitu ramai sekali jurugambar sekarang
ini. Mana mungkin kita boleh bersaing dalam keadaan begini. Masih
adakah harapan untuk kita berjaya dalam perniagaan fotografi?
Kita harus melihat fenomena ini dari sudut yang positif. Kebanjiran
peminat fotografi di seluruh dunia ketika ini telah membuatkan
harga peralatan kamera menjadi jauh lebih murah dari sebelumnya.
Ini kerana, produk kamera boleh dikeluarkan secara besar-besaran
dan ini telah dapat menurunkan harganya. Proses perkongisan ilmu
fotografi juga telah menjadi lebih mudah kerana adanya komuniti
yang besar dalam bidang ini.
Cuma, apa yang tidak menyenangkan ialah, dari sudut perniagaan,
nilai perkhidmatan fotografi dikatakan telah menurun. Akibat
persaingan yang terlalu sengit, ada segelintir jurugambar memotong
harga untuk membolehkan dirinya mendapat sesuatu kerja atau tugasan
fotografi. Namun, pada pendapat saya, jurugambar yang memotong
harga secara keterlaluan, akan memakan diri sendiri dalam jangka
masa panjang.
Jika anda ingin menjadikan fotografi sebagai sumber pendapatan
anda, anda tidak perlu risau akan kebanjiran peminat fotografi
sekarang. Majoriti peminat fotografi hanya menjadikan fotografi
sebagai hobi. Peluang perniagaan dalam fotografi masih terbuka
luas. Anda cuma perlu kreatif dalam mencari peluang. Masih ada
banyak bidang pasaran fotografi yang masih belum diterokai.
Di kalangan jurugambar yang menjadikan fotografi sebagai punca
pendapatan pula, bukan semuanya benar-benar serius. Ada yang
sekadar cuba-cuba. Ada yang melakukannya secara sambilan untuk
tempoh yang singkat sahaja. Untuk menjadi seorang jurugambar
profesional bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang kita
sangkakan. Merakam gambar untuk wang memerlukan disiplin, kerja
kuat, kemahiran tinggi, kecepatan, sanggup menghadapi risiko
kewangan, sanggup menerima tekanan dari pelanggan dan sebagainya.
Hanya yang kuat akan berjaya.
Ya, jika anda ingin menjadikan fotografi sebagai sumber pendapatan
anda, peluangnya masih ada.
(ihsan dari Adan Photography, www.adan.biz / www.fototeacher.com)
Thursday, March 26, 2009
Ilmu Rahsia Fotografi
Ilmu fotografi seharusnya dikongsi bersama tanpa menyembunyikan apa-apa rahsia. Namun, bukan semua ilmu akan diajarkan sewenang-wenangnya kepada semua orang. Ada beberapa ilmu yang tidak mudah didapati.
Ilmu rahsia perniagaan atau ‘trade secret’ adalah ilmu fotografi yang paling susah untuk didapati. Ini kerana, ilmu ini, jika didedahkan kepada umum akan menjejaskan perniagaan seseorang itu. Bagi sesetengah orang, mendedahkan ilmu ini umpama membunuh diri sendiri. Biasanya, seseorang jurugambar tidak akan mendedahkan teknik tertentu beliau yang menjadikan karyanya unik. Jika beliau mendedahkan teknik ini secara umum, jurugambar tersebut tidak akan ada sebarang keistimewaan lagi.
Jurugambar juga jarang ingin berkongsi pembekal (supplier) bagi produk tertentu. Pembekal kepada produk ini menjadi seakan ibu duit kepada perniagaannya. Jika semua orang ada produk yang serupa, perniagaan beliau dikhuatiri tidak akan mampu bersaing lagi. Contohnya, jika seseorang jurugambar mempunyai pembekal album gambar yang yang cantik tetapi murah, beliau amat berat untuk mendedahkan dimana beliau membeli album gambar tersebut.
Walaupun jurugambar cuba merahsiakan beberapa perkara yang beliau ketahui, bukanlah bermakna rahsia itu tidak boleh didedahkan langsung. Sesuatu rahsia itu boleh didedahkan kepada orang yang tertentu. Jika seseorang itu menunjukkan minat yang mendalam, bersungguh-sungguh serta sedia membuat kebaikan kepada si penyimpan rahsia, rahsia itu tentu sekali boleh dibocorkan.
Saya faham dan setuju, rahsia perniagaan harus dikawal rapi. Namun, ilmu fotografi umum harus dikongsikan bersama, tanpa rahsia. Bagi saya, orang yang kedekut ilmu ialah orang yang tidak cukup ilmu. Sebab itulah dia fikir, jika dia mengajarkan ilmunya, ilmunya akan cepat habis!
(ihsan dari Adan Photography, www.adan.biz / www.fototeacher.com)
Wednesday, March 25, 2009
KEMBALI..
no idea since last article..tapi start sekarang akan disiplin sikit updating blog ni!!
enjoy everyone..!!
Friday, January 30, 2009
Birthday Ayah Gua (30.01.2009)
Wednesday, January 28, 2009
Quotes of The Day
- J. Paul Getty
American Industrialist
7 Istilah Videografi
1) Kamera digital dan analog
Pada ketika ini, kamera video analog amat kurang sekali digunakan.
Ini kerana kamera video digital mampu menghasilkan gambar yang jauh
lebih baik, harga yang mampu dimiliki dan memudahkan aliran kerja
terutamanya untuk proses suntingan digital. Secara umumnya,
penggunaan kamera digital membolehkan jurukamera menghasilkan video
perkahwinan yang lebih berkualiti dengan kos yang lebih rendah.
2) Format video
Format video merujuk kepada jenis kamera dan jenis pita video.
Terdapat berbagai jenis format video yang digunakan dan setiap
satunya mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Format video yang
paling popular yang digunakan untuk merakam gambar perkahwinan
adalah format mini DV. Ianya tergolong dalam format digital. Pita
mini DV ini bersaiz kecil ( lebih kecil dari kotak rokok ), tidak
mahal dan mampu menghasilkan kualiti gambar yang baik. Lain-lain
format digital yang ada digunakan adalah Digital 8, DVCAM, DVC Pro
dan lain-lain lagi.
3) 'Master tape'
' Master tape' bermaksud pita asal yang digunakan untuk merakam
gambar video. Selepas rakaman selesai dibuat, pita ini akan
disunting dahulu sebelum dijadikan VCD atau DVD untuk ditonton oleh
pelanggan. Ini bermaksud, 'master tape' mengandungi imej video yang
tidak disunting. Walaupun tidak disunting, kualiti gambarnya adalah
lebih baik dari VCD atau DVD yang sebenarnya merupakan salinan dari
pita asal.
4) Suntingan video
Suntingan video adalah merupakan satu proses dalam 'post
production', iaitu satu proses yang terlibat selepas tamat sesuatu
penggambaran. Biasanya, kerja yang terlibat dalam proses suntingan
digital adalah seperti berikut:
a) 'Digitizing' - memindahkan imej video dari pita ke dalam cakera
keras komputer.
b) Offline editing - memotong keluar babak video yang tidak menarik
dan menyusun semula setiap babak video mengikut kesinambungannya.
c) Online editing - memasukkan tajuk video, muzik latarbelakang dan
kesan khas.
Setelah suntingan siap dilakukan di dalam komputer, imej video ini
akan dipindah keluar ke dalam bentuk VCD atau DVD.
5) Montaj video
Montaj video biasanya dimasukkan pada awal sesuatu persembahan
video. Montaj video ini adalah ringkasan kepada keseluruhan video
yang biasanya mengambil masa sekitar 5 minit. Berbagai teknik dan
kesan khas yang menarik akan digunakan secara kreatif dalam montaj
video ini.
6) VCD & DVD
Gambar video yang telah disunting biasanya akan dipindahkan ke
dalam bentuk VCD atau DVD. Seperti yang anda sedia maklum, format
DVD boleh menghasilkan gambar yang jauh lebih baik dari VCD. Pada
ketika ini, video perkahwinan dihasilkan dalam format DVD secara
meluas kerana kualitinya yang baik dan kosnya yang semakin murah.
7) 'Multi Camera Production'
' Multi Camera Production' adalah satu produksi video dimana lebih
dari satu kamera video digunakan secara serentak dan kesemuanya
dihubungkan kepada satu pusat kawalan. Imej terbaik dari salah satu
kamera ini akan dipilih silih berganti. Ini menghasilkan gambar
video terus menerus tanpa potongan dengan sudut rakaman yang
berbeza. Biasanya, imej video dari kamera yang terpilih akan
disiarkan terus ke skrin projektor. Khidmat 'Multi Camera
Production' semakin popular sekarang terutamanya untuk majlis yang
diadakan di hotel kerana ianya dapat menjadikan sesuatu majlis itu
kelihatan lebih gemilang.
(ihsan dari Adan Photography, www.adan.biz / www.fototeacher.com)
Thursday, January 22, 2009
Malaysia 0-5 U.A.E ?
huh..?ape dah jadi beb ngan Malaysia nye team?barai habis kalah ngan U.A.E..jersey Nike dah cun habis!! maen macam haram..target kononnye nak masuk World Cup year 2018.bole ke..?kalau ade player yang macam Allahyarham Mokhtar Dahari, Datuk Abdul Ghani Minhat, Lim Tiong Kin, Rashid Hassan & etc masa zaman sekarang ni bole la.dalam berita, peminat-peminat ramai yang menyalahkan jurulatih, pemain & pentadbiran FAM.so, siapa sebenarnye yang bertanggungjawab dalam soal kekalahan team Malaysia..? adakah peminat sendiri..?
Wednesday, January 21, 2009
Quotes of The Day
Are you going sixty miles an hour or is the train going sixty miles
an hour and you're just sitting still?
- J. Paul Getty
American Industrialist
Monday, January 19, 2009
Ambil Iktibar
Jangan Memain
Bacalah! Bagi sesiapa yang punya anak remaja atau saudara mara remaja
berhati-hati! Pupuk & didiklah pengajaran Islam dari kecil lagi......
Dua orang pelajar telah menemui maut ketika kemalangan jalanraya antara motosikal dan kereta. Setelah jenazah diuruskan, didapati salah satu dari jenazah telah merayau merata-rata, mengetuk pintu rumah dan lain-lain.
Apabila ditanya kepada pihak hospital yang menguruskan jenazah berkenaan, kakitangan yang terlibat telah memaklumkan bahawa salah seorang dari mayat yang diuruskan terpaksa dibuang kukunya kerana ada cutex dan dicukur kepalanya kerana rambutnya telah diwarnakan.
Pelbagai cara dilakukan untuk memastikan 'roh" tersebut tidak merayau, namun gagal. Ditanya pula pada kawan-kawan simati, dimaklumkan bahawa di dua bahagian badan simati ada terdapat tatoo, namun tidak diketahui apa yang dilukiskan.
Setelah beberapa lama, dan mungkin penyelesaian terakhir, jenazah simati telah dipindahkan ke kubur Kristian. Selepas itu, rohnya tidak merayau lagi....
Pengajaran:-
Berkemungkinan tatoo yang terdapat pada simati berlambangkan salib dan
simati sebenarnya adalah seorang kristian, walau pada zahirnya berpakaian dan berkelakuan sebagai seorang Islam. Simati tersebut adalah pelajar sekolah yang berusia 16 tahun.
Kisah kedua
Si A adalah seorang pelajar yang sering gagal dalam peperiksaan.
Beberapa kali beliau menduduki peperiksaan PMR tetapi dia gagal. Satu
hari, dihadapan kawan-kawan beliau telah berkata, kalaulah aku lulus PMR kali ini, aku akan masuk kristian.
Ditakdirkan Allah, beliau telah lulus dan kemudiannya meninggal
dunia kerana kemalangan. Mayatnya diuruskan sebagai seorang Islam mengikut kebiasaanya dan dikebumikan berdekatan dengan masjid.
Selepas beberapa ketika, imam masjid mendengar suara menangis dari kubur simati. Ditanya pada ahli keluarganya, dimaklumkan bahawa simati adalah seorang budak yang baik. namun dari kubur berkenaan terdengar tangisan yang berterusan.
Setelah ditanya dan diperiksa barulah dimaklumkan mengenai nazar simati dan mayatnya pun dipindahkan ke kubur Kristian. Barulah tiada tangisan kedengaran.. ...
Inilah keadaan yang berlaku sekarang..oleh itu ambil tahulah akan aktiviti anak-anak, adik-adik kita...kerana dakyah kristian amat halus dan ada di
mana-mana.... tanpa disedari.
Wallahu'alam. .....
" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup
keNerakamu.. ......., kami lah hamba yang mengharap belas darimu ........., Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... ....., ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia, Cukup lah Allah bagi ku, tiada Tuhan melainkan Allah, hanya kepadaNYA aku bertawakkal dan Allah lah yang memiliki arasy yang agung "
-Juga Disedekah oleh
Mohd Ghanimie Ibrahim
Friday, January 16, 2009
Kaki Ayah Gua First Day (15.01.09)
tu dia..kaki ayah aku.jatuh dari wing airplane 12 kaki..so, kesimpulannye dekat buku lali die tulang joint tu dah broken. retak macam piring jatuh..doctor said he got 3 options utk betolkan kaki die either balut biase, masuk screw biase or masuk screw & buang semua tulang-tulang yang retak tu.kalau balut memang lambat la nak recover..so, hopefully ayah cepat la sembuh!!
Thursday, January 15, 2009
Kena Tindih / Sleep Paralysis
Janganlah kite ni selalu tuduh hantu le, jin le....tahyul semua tu.Fenomena kene tindih...kepercayaan dan kebenaran..just to share... aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni....... betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?
Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan,hujung jari, terasa berat kat dada...nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer) .... kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....aku pun jujur pernah ade pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu...aderla dalam 3-4 kali jugak....masa tu aku sedar...boleh bukak mata separuh..... aku tau aku sedar...tapi takleh gerak...kadang2 geram, sbb takleh gerak.....pastu 5 minit baru leh gerak....aku dulu pun takut...mmg ingat kena hempap dah...lps boleh gerak tu seram sejuk jer... tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia..... baru la aku tau kebenaran dia.... ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 'sleep paralysis'
Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'...adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara).. ... temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis)
ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement.... .waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage.....otak akan bagitau badan kita suruh rehat...so, badan kite kira macam switch off kejap....REM atonia (tader muscle tone)......
ok, otak kiter pun ader switch off button....dipanggil reticular activating system RAS.......bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni...so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on....kirenyer screensaver laaa or hibernate... so,, bila kita bangun, RAS switched on balik......kita sedar fully awake state....tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter.... maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika... before otak activate balik....mmg menakutkan tapi benar.... tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer...tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc....
Satu lagi, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations(halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)
Sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis:
1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni...penat sgt)
4. stress yang byk kat otak...masalah keluarga, kewangan bla2
5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal....heheh extreme sgt contoh aku ni)
6. orang yang ader penyakit narcolepsy
So jangan lagi kata kena hempap ngan hantu.. Korang lagi hantu sebenornye.........tapi kalau korang yang terutamanaya kaum wanita tu kalau celik jer mata tiba2 kena tindih dek laki jangan la korang baca ayat Kursi tu..nanti tebakar lak laki..bacalah Alhamdulillah!!!!
En. Mohd Ghanimi Ibrahim
Ketahui 4 Cara Membuang Tabiat "Membuang Masa"
kepada kita untuk melayarinya". Setiap insan mempunyai jumlah
waktu yang sama dalam sehari, iaitu 24 jam. Apa yang menentukan
kejayaan seseorang itu adalah kecekapannya dalam mengurus 24jam
seharinya.
Tabiat membuang masa, atau sering dikenali sebagai
"procrastination" adalah tabiat yang merugikan kita. Sering kali,
kita menunda-nundakan sesuatu kerja, sehingga produktiviti kita
untuk mencapai kejayaan menurun.
Berikut adalah 4 cara bagaimana anda boleh membuang tabiat buang
masa ini:
"Matlamat dikecilkan"
Seringkali kita membuang masa oleh kerana melihat sesuatu kerja itu
terlalu besar untuk ditangani. Adakalanya matlamat yang terlalu
besar menyebabkan kita kurang berkeyakinan dan kurang bermotivasi
untuk mencapainya. Dilihat seperti kerja yang bakal dilalui amat
besar dan tidak kesampaian!
Apa yang anda harus lakukan adalah, pecahkan matlamat yang besar
itu kepada matlamat yang lebih kecil. Matlamat untuk mengumpul 10
ribu ringgit mungkin bunyinya besar, tetapi sekiranya dipecah
kepada unit yang lebih kecil, iaitu menyimpan RM500 setiap bulan,
matlamat akan tercapai juga dalam masa 20 bulan
"Tingkatkan kekuatan tenaga"
Sering kali kerja ditunda atau kerja tidak dapat disiapkan adalah
kerana badan kita terasa penat. Mata kita terasa mengantuk dan
tubuh kita tidak rasa selesa untuk meneruskan sebarang kerja.
Sebab ini adalah, tidak kira sekeras mana anda kerja, tidak kira
berapa jam anda melakukan tugas anda, sekiranya badan anda tidak
mampu menahan bebanan tersebut, produktiviti anda akan berkurangan.
Ambil masa untuk berehat. Tubuh manusia boleh bertahan pada tahap
produktiviti yang tinggi dalam lingkungan 8-9 jam sahaja. Itu pun
sekiranya mempunyai tubuh yang sihat. Adakalanya, dengan hanya
melelapkan mata atau menambahkan masa tidur anda di malam hari, ia
akan menyegarkan semula tubuh anda untuk menjadi lebih produktif
pada keesokan hariinya. Sekiranya anda sering tidur 5-6 jam sahaja
oleh kerana kerja yang banyak, saya cadangkan anda tambahkan masa
tidur anda untuk menyegarkan tubuh anda.
Lakukan aktiviti senaman dari masa ke semasa, kata pakar kesihatan
tidak semestinya anda bersenam setiap hari, walaupun bersenam
setiap hari adalah terbaik. Tetapi, beri masa untuk bersenam selang
beberapa hari untuk menguatkan lagi tubuh anda dan daya ketahanan
badan anda dengan tekanan kerja.
Jaga makan dan minum anda. Kita di Malaysia adalah dalam keadaan
disadvantage oleh kerana makanan kita agak berat jika dibandingkan
dengan makanan barat. Tetapi, perhatikan daya ketahanan mereka di
barat gaya sihat. Tubuh mereka lebih kuat walaupun umur meningkat.
Makan seperti ahli sukan dan bersenam selalu. Tubuh anda akan rasa
sihat, badan anda akan rasa segar- ia akan menambahkan produktiviti
kerja anda. Tiada lagi rasa malas dalam memulakan sesuatu kerja!
Rujuk majalah Maskulin anda untuk tips-tips kesihatan yang
sememangnya akan menjadikan insan yang lebih produktif!
"Suara positif"
Bagaimana tindakan kita bergantung kepada suara yang sering kita
masukkan di dalam minda kita. Buang segala suara-suara negatif
seperti saya akan gagal. Saya tidak dapat melakukan kerja ini.
Orang lain tidak akan suka dengan hasil kerja saya. Gantikannya
dengan suara suara positif- saya akan berjaya, saya akan menyiapkan
kerja ini dengan sempurna dan orang akan memuji hasil kerja saya.
Jadi seorang yang optimis dan berfikiran positif, ini akan
memudahkan segala kerja yang anda lakukan. Walaupun mungkin keadaan
sekeliling menyebabkan perasaan anda lemah dan tidak bermaya,
masukkan gambaran-gambaran positif di minda anda.
Terdapat satu istilah ini mengatakan bahawa kita gembira oleh
kerana kita menyanyi. Dan bukan sebaliknya kita menanyi kerana kita
gembira!
Mereka yang optimis akan...
- Sering melihat segala kebaikan di keliling anda dalam apa
keadaan sekali pun
- Pelajari daripada apa sahaja kesusahan yang dilalui dan terima
dengan hati terbuka
- Sering mencari penyelesaian daripada maslalah, dan bukannya
memperbesarkan suatu masalah.
Orang yang berjaya sering mencerita tentang matlamat mereka. Mereka
sering berceirta tentang masa depan dan bukan mengungkit masa
silam. Lebih positif diri kita, lebih bersemangat dan lebih
produktif kerja yang dilakukan oleh kerana kita akan menjadi
seperti apa yang kita fikirkan selalu. Fikirkan boleh!
"Prinsip 80-20"
Bagaimana kalau saya katakan anda boleh menjimatkan 2 jam dalam
setiap hari anda. Sudah tentu, bunyinya agak menarik!
Prinsip Pareto ini mengatakan bahawa 20% daripada masa yang di
ambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan adalah untuk 80% hasil
daripada tugas tersebut. Dalam erti kata lain, produktiviti anda
akan menurun selepas 20% masa anda diambil!
Oleh itu, bagaimana caranya menggunakan prinsip ini untuk manfaat
anda?
Mudah sahaja. Apabila anda ingin melakukan sesuatu tugas,
bentangkan tugasan tersebut di hadapan anda dan fikirkan strategi
bagaimana anda perlu menangani tugas tersebut. Apabila anda sudah
bersiap sedia dengan apa yang anda perlukan, terus mulakan tugasan
tersebut. Jangan berhenti, dan teruskan sahaja sehingga anda data
menyiapkan apa yang anda termampu. Mungkin ianya mengambil 1 jam...
atau 2 jam. Apa sahaja yang anda mampu lakukan, lakukannya.
Kemudian, berhenti! Ya... berhenti dari melakukan tugasan tersebut.
Ini kerana, anda telah mengambil 20% daripada masa anda yang
benar-benar produktif dalam menyiapkan kerja tersebut. Namun, kerja
tersebut sudah 80% siap!
Apa yang anda perlu laku kini adalah, alihkan perhatian anda kepada
kerja atau tugas yang lain. Mulakan tugas baru dan tidak perlu
hiraukan tugasan tadi. Untuk tugasan baru juga, lakukan yang sama
iaitu, beri tumpuan yang khusus 20% daripada masa yang perlu
diambil, kemudian berhenti. Lakukan perkara yang sama pada tugasan
yang lain.
Dengan melakukan prinsip pareto ini, anda dapat menyiapkan 80%
daripada kerja di tangan dalam 20% masa anda sahaja. Selepas
kesemua 80% tugas anda selesai, anda boleh kembali kepada tugasan
asal untuk menyiapkan 20% sehingga selesai. Kini, keadaan anda
sudah segar daripada tugasan asal, dan produktiviti meningkat semula.
Dengan menggunakan strategi Pareto ini, anda pasti teruja dengan
kecekapan anda menangani masa menyiapkan beberapa kerja serentak!
Jutawan Internet
Renung-Renungkanlah...
Thursday, January 8, 2009
Quotes of The Day
Robert Kiyosaki teaches people to be millionaires...That`s why they call him the millionaire school teacher.
"The main reason people struggle financially is because they have spent years in school but learned nothing about money. The result is that people learn to work for money....but never learn to have money work for them."
Author of Rich Dad
Poor Dad