masa
Monday, December 8, 2008
Landslide@Bukit Antarabangsa (6.12.08)
tu dia..tanah runtuh berlaku lagi. ia meranapkan 16 buah banglo & mengorbankan kira-kira 5 nyawa. ni la dia..berpunca dari kerakusan manusia untuk hidup mewah dan membazir yang telah menyebabkan alam melawan semua mereka yang maseh belum serik untuk berumah di lereng bukit walaupun dah banyak kali kejadian yang sama berlaku sejak tahun 1988. hmm..kawasan kejadian memang dikenali sebagai kawasan elit utk orang-orang yang kaya hidup yang nakkan privacy, selamat, sunyi & style. tapi sekarang dah lain jadi nya.. kehidupan yang aman, sunyi konon nya dah mula di cemari ngan bunyi bising jentera-jentera berat & pekik-kan anggota-anggota keselamatan membersih kawasan elit tu / mencari mangsa-mangsa yang maseh ada harapan untuk di jumpai maupun tidak mungkin. runtuhan demi runtuhan yang jadi sebelum ni memang tak menghalang "orang-orang kaya" / mereka tinggal kat kawasan elit yang di lereng-lereng bukit sebab tempat kejadian memang style..kejadian yang meragut nyawa tetap tak jadi penghalang. diorang tetap rakus menodai lereng-lereng bukit yang memang semua orang tahu termasuk kanak-kanak yang dari kecil dah di ajar kat sekolah bahawa penebangan pokok yang berleluasa boleh menyebabkan tanah runtuh. percaya lah, maseh akan ada ramai lagi yang akan pilih Bukit Antarabangsa (BA) sebagai tempat tinggal mereka sebab macam biasa la.."STYLO". dan maseh akan ada banyak lagi projek-projek perumahan yang akan di jalankan lepas ni sebab terdapat banyak permintaan dari orang yang takkan kenal erti serik. kalau orang yang belum pernah / dah lupe sebab dah lame tak datang tengok kawasan bukit-bukit Ulu Klang ni, jangan terkejut kalau datang tengok. dah tak hijau dah bukit-bukit kat kawasan Ulu Klag ni tapi hanya kemerah-merahan yang mewarnai lereng-lereng bukit tu. so, dgn itu berfikir la dengan panjang & rasional sebelum buat sesuatu sebab nyawa lagi penting dari kehidupan yang mewah ala-ala Orange Couty, California. "what ever has been done can never be undone" & people still won`t learn.. (terima kaseh Shafiq)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
betul tu adi...rakus nya manusia ni tak mencintai alam!..
Post a Comment