masa

Tuesday, November 18, 2008

TIPS UNTUK JURUGAMBAR YANG INGIN BERNIAGA



Bukan senang nak berniaga. Lebih susah lagi bila nak buat keputusan
dari kerja makan gaji, nak berhenti kerja dan memulakan perniagaan
sendiri. Keputusan untuk berhenti kerja dan memulakan bisnes adalah
salah satu keputusan yang paling besar yang mungkin anda lakukan
dalam hidup anda.

Selalu orang tanya saya, apa tips yang saya boleh bagi untuk
berjaya dalam perniagaan. Kalau ikutkan, memang banyak tips yang
ada. Terlalu banyak. Lain orang, lain tips yang saya bagi.

Tapi, tips yang paling umum dan paling mudah bila anda dah mula
berniaga ialah - NEVER QUIT. Selagi anda tak berhenti atau tidak
putus asa dari perniagaan anda, selagi itulah anda dikira belum
'gagal' dalam berniaga. Kegagalan adalah satu proses biasa dalam
berniaga, tapi, teruskan berniaga walau anda sedang gagal kerana
kegagalan itu cuma bersifat sementara. Anda dikira gagal berniaga
bila anda tutup perniagaan dan sambung kerja makan gaji.... (tips ini di berikan oleh Adan Photography, www.adan.biz / www.fototeacher.com)

No comments: