masa

Monday, November 24, 2008

Shuffle?

DBKL pantau `port’ Shuffle

Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my
(25.11.08)


KUALA LUMPUR: “Selepas melarang kumpulan tarian Shuffle di siar kaki di Bukit Bintang, DBKL akan terus membuat pemantauan berterusan di tempat lain,” kata Pengarah Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Rolan Abd Rahman.

Katanya, DBKL tidak akan berkompromi dengan sebarang anasir yang boleh merosakkan akhlak golongan remaja.

Menurutnya, remaja terbabit bukan saja mencemarkan kawasan yang menjadi tumpuan awam termasuk pelancong asing di Bukit Bintang, di sini, tetapi turut melakukan kesalahan kerana meneguk minuman keras di tempat terbuka.

Rolan berkata, salah laku remaja berkenaan juga sebenarnya merosakkan budaya ketimuran yang dipegang masyarakat negara ini selain menjatuhkan imej agama.

No comments: